Jabatan Akademik Politeknik Balik Pulau

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) adalah merupakan jabatan induk yang terdapat di PBU. Sejarah penubuhannya bermula di Politeknik Seberang Perai (PSP) pada 1 Mac 2007. Pada bulan Julai 2007, PBU telah mengambil kumpulan pertama dalam program Sijil Teknologi Maklumat (SIT) iaitu seramai 27 orang pelajar. Pada ketika itu, pelajar dan pensyarah menggunakan fasiliti yang terdapat di Politeknik Seberang Perai (PSP) bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Pada bulan Jun 2008, JTMK telah berpindah ke kampus transit PBU yang terletak di Medan Kampung Relau, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Kohort Program SIT telah bergraduat pada sesi Julai 2009. Politeknik Balik Pulau juga telah berpindah ke kampus tetap pada 28 Oktober 2013

BilJawatanNama
1Ketua JabatanAzman bin Ahmad
2Ketua Program DNSNorfida Erwani binti Mohd Shafie
3Ketua Program DDTSamihah binti Abdul Latif

.

Jabatan Matematik, Sains & Komputer

Jabatan Matematik, Sains & Komputer (JMSK) merupakan jabatan akademik sokongan yang menyediakan pembelajaran dan pengajaran (P&P) yang bersistematik bagi kursus Kod DBM iaitu Matematik yang menjadi teras kepada pencapaian akademik pelajar teknologi maklumat.

JSMK tidak menawarkan sebarang program tetapi mengendalikan kursus teras bagi Jabatan Induk JTMK. JMSK juga sentiasa menyokong perjalanan pembelajaran dan pengajaran di jabatan induk dengan menghulurkan sumbangan sebagai tenaga pengajar dan penyelaras Kursus Ko-kurikulum.

Bagi mencapai misi politeknik, JMSK juga berhasrat meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran dalam bidang matematik selari dengan halatuju pendidikan masakini.

Bil.JawatanNama
1Ketua JabatanJasni bin Mohd Yusoff
2Ketua KursusSiti Salamah binti Mustaffa

.

Jabatan Pengajian Am

Jabatan Pengajian Am adalah jabatan sokongan akademik yang bertanggungjawab dalam menawarkan kursus wajib Pendidikan Islam / Moral dan Bahasa Inggeris. Kini, jabatan ini dikendalikan oleh tiga orang pensyarah dari Unit Bahasa Inggeris dan Unit Pendidikan Islam dan Moral.Jabatan ini juga bertanggungjawab untuk melaksanakan aktiviti kerohanian bagi politeknik.

.

FUNGSI / PERANAN JABATAN PENGAJIAN AM

  • UNIT BAHASA INGGERIS

Unit Bahasa Inggeris bertanggungjawab dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi kursus-kursus bahasa Inggeris yang mengutamakan kemahiran berkomunikasi, membaca, menulis dan mendengar dalam bahasa Inggeris. Para pelajar juga dilengkapkan dengan kemahiran menghadapi temuduga, teknik penulisan resume dan ‘job hunting skills’ sebagai bekalan apabila mereka menghadapi alam pekerjaan kelak. Antara kursus yang diajar ialah English for Technical Purposes, English for Communication dan Communicative English.

  • UNIT PENDIDIKAN ISLAM

Unit Pendidikan Islam dan Moral bertanggungjawab dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi kursus Pendidikan Islam dan Moral. Pelajar dibekalkan dengan ilmu-ilmu berkenaan jenayat, mua’malat, munakahat, nilai-nilai murni, sejarah tamadun dan isu-isu moral semasa. Ianya bertujuan untuk menanamkan sifat-sifat terpuji dan membekalkan pelajar dengan pengetahuan agama dan moral yang lengkap dalam menghadapi cabaran dalam kehidupan. Antara kursus yang ditawarkan ialah Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Tamadun Islam.

Bil.JawatanNama
1Ketua JabatanDr Mazlin binti Mohamed Mokhtar
2Ketua KursusNur Idayu binti Awang Teh
3Ketua KursusAdirah binti Isa

.

Berkaitan